Saturday, January 31, 2009

MESYUARAT AJK PERKUMPULAN KALI KE - 1/2009




Mesyuarat telah diadakan malam tadi di rumah En. shamsul pada jam 9 mlm. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tn. Hj. Tahir.


Friday, January 30, 2009

TABUNG KHAIRAT - TAMBAH NILAI


Ketua Biro Kebajikan En. Khalid menyeru ahli tabung khairat menambah nilai tabungan yang semakin susut kerana beberapa sumbangan kepada ahli yang lepas.

Majlis Tahlil di rumah En. Nan

Terima kasih kepada ahli perkumpulan yang hadir pada majlis tahlil di rumah En. Nan malam tadi. Kerjasama erat ahli telah melancarkan majlis dengan jayanya.

Sunday, January 25, 2009

Mesyuarat AJK Perkumpulan kali ke-1


Mesyuarat AJK Perkumpulan Kebajikan Tepi Sungai, Kg Jawa, Segamat akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: 31 Jan 2009
Hari : Sabtu
Waktu : 8.30 malam
Tempat : Di rumah En. Shamsul Ponijan

Semua AJK dan penasihat perkumpulan diminta hadir.

Majlis Tahlil di rumah En. Ansar

Majlis bacaan Surah Yassin dan tahlil telah diadakan di rumah En. Ansar pada malam tadi Ahad 25 Jan 2009. walaupun hujan turun, namun majlis berjalan lancar dengan kehadiran ahli-ahli perkumpulan. Majlis diketuai oleh Tn. Hj. Tahir bin Masri.

Saturday, January 24, 2009

Perlantikan AJK sesi 2009-2010

Perkumpulan kami telah mengadakan perjumpaan pertama bagi Mesyuarat Tahunan 1 seperti berikut

TARIKH : 16. 01. 2009
MASA : 8.30 MALAM
TEMPAT : Di rumah saudara Khalid bin Kemiran.

Mesyuarat telah melantik Ahli Jawatankuasa bagi sesi 2009-2010 seperti berikut

Penasihat : 1. Tn. Hj. Kaslan ,
2. Tn. Hj. Mohd Noh,
3. En. Paimo bin Md. Darom
4. En. Ansar
Pengerusi : Tn. Hj. Tahir Bin Masri
Naib Pengerusi : En. Mohamad bin Md. Darom
Setiausaha : En. Shamsul bin Ponijan
Naib Setiausaha : En. M. Hamzah bin Soheh
Bendahari : En. M.Shahroni bin Soheh(Ses)

Ketua Biro Masakan : En. Abu Khir bin Dalael
Ketua Biro Keraian : En. Esmail bin Munadar
Ketua Biro Gerabah : En. Karman bin Kemiran
Ketua Biro Dakwah : En. Abd Rahman bin Ahmad
Ketua Biro Keselamatan: En. Tahir bin Moor
Keta Biro wanita : Pn. Misnah
Juru Audit : 1. En. Elham bin Soheh
2. En. Salehan bin Jaafar

Hal-hal lain:
1. En Daud mencadangkan agar yuran bagi ahli yang ingin meyertai kumpulan gerabah dikurangkan daripada RM400 kepada RM100 sahaja.

2. En. Ilham menjelaskan perkumpulan telah mendapat sumbangan dua buah khemah. Beliau juga memberitahu telah memohon 7 buah lampu jalan daripada Ahli Parlimen Segamat untuk Jalan Sg. Jenalim.

3. En. Bakar mencadangkan kegiatan memasang khemah untuk majlis-majlis pada masa akan datang dilakukan secara berotong-royong dan jika perlu dibuat lebih awal seminggu semasa cuti hari minggu kerana pada hari tersebut ramai ahli bercuti hujung minggu.