Saturday, August 15, 2009

SUMBANGAN KEBAJIKAN


BANTUAN / SUMBANGAN KEBAJIKAN








1. Kelayakan menerima bantuan/sumbangan kebajikan :
1.1. Ahli
1.2. Isteri ahli
1.3. Anak-anak ahli yang di bawah tanggungan ahli.
1.4. Anak-anak angkat ahli yang sepenuhnyadi bawah jagaan & tanggungan ahli

2. Keadaan-keadaan di mana bantuan/sumbangan kebajikan boleh dikeluarkan :
2.1. Musibah berat seperti berikut:
Amaun sebanyak RM100.00 sahaja.
 Hanya kemalangan yang parah sehingga menyulitkan untuk :
 Bergerak
 Berjalan
 Berdikari
 Sakit yang berpanjangan seperti barah dan sebagainya yang memerlukan rawatan berulang di hospital.

2.2. Kecemerlangan anak-anak ahli dalam pendidikan bermula pada peperiksaan 2009.
Amaun sebanyak RM100.00 sahaja untuk berikut :
 UPSR – 5A
 PMR – 8A
 SPM – 7A
 STPM – 4P
 Darjah Khas Sekolah Agama – pangkat 1

3. Pengesahan kelayakan menerima sumbangan.
3.1. Memberitahu sendiri atau melalui wakil kepada Ketua / AJK Biro Kebajikan dengan
seberapa segera bersama dokumen berkaitan (jika perlu)
4. Pelaksanaan Bantuan Kebajikan.
4.1. Dana kebajikan dikumpul daripada sumbangan ahli pada:
 Majlis Yassin & Tahlil
 Majlis ziarah hari raya dari rumah ke rumah.
 Individu atau kumpulan seperti majlis walimatul’urus dan sebagainya.

5. Segala keraguan / kemusykilan hendaklah dirujuk terus kepada Ketua Biro Kebajikan / AJK Perkumpulan.

Disediakan oleh
En. Khalid bin Kemiran
Ketua Biro Kebajikan.

Disahkan oleh
Tn. Hj. Tahir bin Masri
Pengerusi Perkumpulan Kebajikan Tepi Sungai.

0 comments:

Post a Comment