Sunday, January 31, 2010

MESYUARAT AJK PERKUMPULAN KALI PERTAMA 2010


KEPUTUSAN MESYUARAT AJK PERKUMPULAN TEPI SUNGAI
KALI PERTAMA 2010.





Mesyuarat telah diadakan pada 22 Januari 2010, jam 9.00 malam di rumah
saudara Khalid bin Kemiran. Keputusan mesyuarat adalah seperti berikut:-

1. Majlis bacaan Yassin dan Tahlil akan diteruskan.
1.1 Beberapa orang ahli telah bersetuju mengisi giliran majlis bacaan Yassin dan Tahlil.
1.2 Jadual giliran akan ditentukan.
1.3 Kepada berhajatmengisi giliran sila maklumkan lebih awal agar tidak berlaku
pertindihan jadual.

2. Gerabah
2.1 Pemegang kunci gerabah ialah
6.3.1 Saudara Karman bin Kemiran
6.3.1 Saudara . Mohd Noor bin Kemiran
2.2 Urusan keluar masuk alatan gerabah hendaklah direkodkan.
2.3 Alatan gerabah boleh digunakan untuk tujuan lain yang munasabah selain urusan
perkahwinan.

2.4 Bayaran urusan buka pintu gerabah – RM10.00 (Tetap)
2.5 Bayaran urusan pinjaman peralatan gerabah - Minima RM50.00
2.6 Kerosakan alatan kecil diganti oleh peminjam.
2.7 Kerosakan alatan besar – penggantian mengikut keadaan.
2.8 Beberapa peralatan baru perlu dibeli.
2.9 Beberapa peralatan lama perlu dibaiki – tungku dapur.
2.10 Tiang-tiang khemah perlu dicat.
2.11 Segala urusan pembayaran berkaitan gerabah menggunakan wang Tabung Kebajikan .
2.12 Besi-besi buruk yang tidak boleh digunakan akan dijual sebagai besi buruk. wang hasilnya untuk Tabung Kebajikan.



3. Aktiviti Qurban AidilAdha
3.1 Semua ahli boleh sertai dengan menabung secara ansuran dengan kadar bayaran minima
RM30.00 setiap bulan. Bayaran dibuat kepada bendahari perkumpulan.

4. Tabung Khairat Kematian.
4.1 Terdapat ramai ahli khairat yang masih belum tambah nilai tabungan wang khairat.
4.2 Sekiranya berlaku kematian, sila maklumkan dengan kadar segera untuk tindakan susulan.

5. Kewangan
5.1 Bendahari diminta membuat catatan kewangan secara terperinci.
6. JKK Kg. Jawa peringkat perkumpulan.
6.1 Kini Perkumpulan kebajikan Tepi Sungai mempunyai 3 orang wakil dalam
JKK Kg. Jawa. Iaitu :- 1. Saudara Mohd Hamzah bin Mohd Soheh
2. Saudara Mohd Sharoni bin Mohd Soheh
3. Saudara Paimo bin Ahmad Darom.
6.2 Segala kemuskilan berkaitan kampong boleh diajukan kepada 3 orang
wakil kita ini.
6.3 Mereka diminta bekerjasama :-
6.3.1 Memastikan dan menyenaraikan penduduk dalam kawasan
perkumpulan tepi sungai yang miskin dan perlu diberi bantuan.
6.3.2 Memohon bantuan untuk mereka.
6.3.3 Memohon bahu jalan, bagi Jalan Sg. Jenalim dan Jalan Dato Keramat.
6.3.4 Memohon lampu jalan bagi Jalan Sg. Jenalim dan Jalan Dato Keramat.
6.3.5 Memohon memperbaiki sistem perparitan dalam kawasan perkumpulan.

7. Mesyuarat Tahunan.
7.1 Akan diadakan pada 20 Mac 2010 di rumah Saudara Ilham jam 9.00 malam. Semua ahli harap dapat hadir.
7.2 Semua biro-biro diminta menyediakan laporan aktiviti sepanjang tahun 2009.

Disediakan oleh. Disahkan oleh

0 comments:

Post a Comment